Selasa, Oktober 06, 2009

Perang Armageddon Dan Imam Mahadi

SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR
1.Al Mahdi Al Muntazar (lelaki yang dinanti / ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin.
@ Beliau dari keluarga nabi Muhammad SAW dari keturunan sayydatina Fatimah Binti
Rasulullah SAW.
@ Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya sama dgn Nabi Muhammad SAW
@ Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang
mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb ( area Samarra) kerana Al Mahdi
seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya
@ Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al
Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun.
@ Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dr Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yg
mereka dakwa itu sekali2 tidak akan keluar dr Sardeb itu.
( sila rujuk kitab2 Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, bab ttg
berita AL Mahdi juz : 1)

CIRI CIRI IMAM AL MAHDI·
Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing (mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan.( sebelumnya dunia dipenuhi dgn kezaliman dan ketidakadilan) – seperti yang dapat kita lihat hari ini , penindasan dan peperangan terhadap umat islam di mana2 dan berleluasa. ·
Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS , sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yg tidak pernah dirasai selepas kewafatan Rasullullah SAW.

Hadis Nabi :
Hadis 1. ” Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dgn kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yg berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dgn kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan).Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” ( hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya dlm Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529)
Hadis 2. ” Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” ( hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah dlm sunan nya dr sayyidina Ali RA.Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya dlm Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani dlm As sahihah – no 2371.)
Maksud Islah : (2 tafsiran dr ahli tafsir Hadis)
1) bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai bbrp kekurangan kecil,
kemudian Allah SWT mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-
ilhamnya.
2) Bahawa Allah SWT memberinya persiapan utk menjadi khalifah dan memimpin kaum
muslimin yg mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan
akhir zaman .
(tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim ttg. Berita Al Mahdi , oleh Ibnu
Kathir juz :1)

Hadis 3 : ” Al Mahdi berasal dr anak cucuku , dari keturunan Fatimah”( Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah.Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya dlm Al Jami’.)

Hadis 4 :” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yg berasal dr umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya”(Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri).

Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya, (Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya.Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah SWT akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan , kemudia mereka akan membaiahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau (Imam Mahdi) Tidak menyukai baiah itu.
Kedatangan Imam Mahdi diakahir zaman adalah satu perkara yg telah ditakdirkan oleh Allah SWT, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yg tidak diketahui oleh sekelian makhluk …hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah SWT sahaja.
Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam AS, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat.
Oleh sebab itu , mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bg setiap mukmin.Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis , hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yg Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib , mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.

disedut dari:
http://akmalarif07.wordpress.com/2007/07/30/perang-armageddon-dan-imam-mahadi/#

2 ulasan:

  1. kalau nak tahu lebih banyak tentang imam mahdi ada kat http://imam-mahdi.zxq.net atau kat http://berita-al-mahdi.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Imam Mahdi yang sebenarnya berada di Pasir Puteh, Kelantan. Di anggota badannya mempunyai 7 tanda tiga segi seperti khatamun nubuwwah yang tertulis kalimah ALLAH, Al-Mahdi, Muhamad Rasulullah. Ini bukan tatoo yg boleh dibuat-buat. Tanda ini ada semenjak lahir lagi.

    BalasPadam