Selasa, Oktober 06, 2009

Sebelum lena.

Setelah seharian kita menjalani kehidupan, Bila malam datang, sudah sampai masanya untuk kita tidur. Adakah kita terus tidur? tiada apa2 tips2 tambahan ke nak buat sebelum tidur? di sini ada sedikit amalan yang baik untuk di amalkan oleh kite sebelum kite tidur.


Suatu masa ketika Rasulullah SAW berada di madinah,beliau pernah bersabda kepada Imam Ali bin Abi Talip mengenai LIMA WASIAT. Sabda baginda, "Ya Ali, janganlah engkau tidur kecuali engkau kerjakan dahulu LIMA masalah ini iaitu:

* Janganlah engkau tidur kecuali engkau baca Al-Quran kesemuanya.
* Janganlah engkau tidur kecuali engkau bersedekah dahulu 4 ribu dirham
* Janganlah engkau tidur kecuali engkau ziarah dahulu kepada Ka'abah
* Janganlah engkau tidur kecuali engkau jaga dahulu tempat mu di Syurga
* Janganlah engkau tidur kecuali engkau minta redanya musuh-musuh mu terlebih dahulu.

Ketika Saidina Ali mendengar ini, dia merasa bingung dan terpegun lalu bertanya kepada Rasulullah SAW. Dan bagaimana mengamalkan hal-hal itu ya Rasulullah?. Maka Rasulullah pun bersabda:

* MEMBACA AL-QURAN KESEMUANYA

Hai Ali tidakkah engkau mengetahui apabila engkau membaca "QUL HUALLAH HU AHAD......" sebanyak 3 kali bererti engkau telah membaca Al-Quran kesemuanya.

* BERSEDEKAH 4 RIBU DIRHAM

Hai Ali apabila engkau membaca surah AL-FATIHAH sebanyak 4 kali bererti sesungguhnya engkau telah bersedekah 4 ribu dirham.

* ZIARAH KE KA'ABAH

Hai Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LA ILLA HA ILLAH HU WAHDAHU LA SHARIKALLAH LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHII WAYUMITU WAHUWA KULLI SHAI INQADIR" sebanyak 10 kali bererti pahalanya sama dengan ziarah Ka'abah.

* PELIHARA TEMPAT MU DI SYURGA

Ya Ali apabila engkau sebelum tidur membaca "LAA HAWLA WALAQUATTA ILLA BILLAH HILAIL AZIIM" sebanyak 10 kali bererti sesungguhnya engkau telah menjaga tempatmu di syurga.

* MINTA REDHA KEPADA MUSUH-MUSUH

Hai Ali apabila engkau membaca "ASTAGHFIRULLAH ALAZIIM ALLAZI LAA ILLA HA ILLALLAH HUWAL HAIYUL QAYYUM WA'ATUBU ILLAIH" sebanyak 10 kali bererti engkau telah redhakan musuh-musuhmu..

Subhanallah... sesungguh ALLAH itu MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENGASIHANI. Sebelum nak tidur pun ade jugak peluang untuk kite wat pahala untuk NYA. MAHA SUCI ALLAH,Tuhan sekalian alam. Sesungguhnya dari MU kami datang dan kepada MU jua kami kembali..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan